Tentang Kami

DEQYOUNG

DEQYOUNG adalah Pengeluar produk Kacang Bersalut Istimewa di Seremban, Negeri Sembilan. Keunikan produk keluaran kami adalah dengan menggunakan adunan ‘Resepi Warisan Ibunda sejak 1990’. Model perniagaan keluarga telah diperluas dari operasi ‘buatan sendiri’ ke ‘skala sederhana’. Produk ini mempunyai pelanggan setia dan ini juga menyumbang kepada pengkomersialan produk ini sejak 2011 untuk pasaran tempatan dan eksport.  Kami menggunakan bahan-bahan yang bersih dan berkualiti tinggi dalam produk kami. Kualiti, rasa dan kacang segar adalah identiti produk kami.

Objektif syarikat DEQYOUNG adalah memasar dan mengedarkan produk buatan tempatan di pasaran local dan global. DEQYOUNG antara SME’s yang telah berjaya memasarkan produk-produk keluaran syarikat di semua pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia. Antaranya di TESCO – LOTUS, MYDIN, GIANT & AEON BIG. Syarikat ini sedang berkembang dan berusaha untuk memperluas rangkaian produknya dari semasa ke semasa . Mendapat pengiktirafan persijilan HALAL dan MeSTI dari JAKIM Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu,produk kami juga telah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara Cap Dagangan jenama DEQYOUNG. Ini sejajar dengan strategi syarikat untuk menjadi salah satu pengedar berjaya pelbagai produk makanan ringan .

Misi Kami

supermarket-cover

Pengedar tempatan untuk makanan dan makanan ringan khas / tradisional

blake-guidry-p9vr45T2scg-unsplash

Dari pasaran eksport tempatan ke global

produkdeqyoung

Mengekalkan kualiti kami dan mewujudkan ekuiti jenama untuk pelanggan kami

X